Thursday, 14 June 2012

Resepi : Butter Prawn


Assalamualaikum... Sory la...xperasan gamba huduh bebeno... dengan nampak bayang nye..dengn pencahayaan tah papenye... lain kali,if cik iza buat butter prawn lagi cik iza amik la gambo molek2 sket and edit entry ni..
Butter Prawn citerasa cik iza







Bahan-Bahan :
1) Semangkuk Udang (xde sukatan yang tepat, sebab masak untuk family,main agak2 je)
2) 2 sudu butter
3) suhun dan tauhu kering (direndam terlebih dahulu)
4) 1 biji telur
5) 4 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
6) 10 biji cili api (tumbuk pecah2)
7) minyak masak untuk menggoreng udang
8) 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula

Cara-cara memasaknya:

1) goreng udang sehingga masak dengan minyak yang sedikit dan ketepikan
2) tumis bawang putih dan cili api sehingga naik bau, (tumis dengan minyak udang td)kemudian...
3) pecahkan telur ke dalam bahan yang ditumis, terus mengacau(untuk hancurkan telur)
4) masukkan suhun dan tauhu kering
5) masukkan garam dan gula, kacau rata, kemudian...
6) masukkan udang yang di goreng tadi bersama butter
7) Kacau sehingga rata tutup api...

dah siap... ini ade la resepi sendiri.. dan untuk di makan sendiri mengikut selera cik iza sendiri.. ada orang letak kunyit la bagi kuning... letak susu cair la..serbuk kari la(yang ni cik iza pernah try dulu)...


tapi masakan ni banyak da cik iza ubah mengikut selera tekak cik iza and suami...and juga boleh mengubahnye... xpe, janji bile dah masuk tekak tu, berselera je nak menelannya..


Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~

No comments:

Post a Comment