Tuesday, 14 August 2012

Resepi : Sambal Tempoyak Masak

Sambal Tempoyak Masak
Bahan-Bahan:
1 mangkuk Tempoyak
1 1/2 santan
1 cawan air
30 biji cili api
pucuk ubi (hiris halus2)
daun kaduk (hiris halus2)
daun kunyit (hiris halus2)
5 ulas bawang merah
terung pipit
secekak ikan bilis
1cm kunyit
garam + gula (ikut rase)

Cara Penyediaan:
Blend (tempoyak,cili api,kunyit,bawang merah,ikan bilis,air)
masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali bersama pucuk ubi,daun kaduk,daun kunyit dan terung pipit.
setelah daun2 hampir layu, masukkan santan, garam dan gula.
kacau sehingga semua bahan cukup masak,kalau suka yang jenis kering boleh la masak lama sikit diatas dapur
ok..siap untuk dihidang..(kalau buat kering sikit,tahan lama sikit.simpan dalan peti ais..nyummm)

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
 
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~




No comments:

Post a Comment